ENCIK SEBELAH JIWA

RM25.00

Tajuk ENCIK SEBELAH JIWA
Penulis ZARA RYANA
ISBN 9789673652938
Sem. Malaysia RM25
Sabah / Sarawak rm28
Buang
SKU: N/A. Categories: , .

Pepatah orang tua dahulu berbunyi, tuah ayam, nampak pada kaki. Tuah manusia? Maria ibarat Cinderella zaman moden yang hatinya kecewa lalu diselamatkan oleh Effan. Cinta mereka macam kisah dongeng.

Encik Effan, saya ni cuma wartawan majalah.”
“Walaupun masa di airport awak bagi tahu yang awak ni tukang sapu, saya tetap nak kenal awak, Maria. Saya tak kisah siapa kawan saya. Saya boleh berkawan dengan semua orang. Tak kira status atau pangkat. Tapi, awak ada sesuatu yang buat saya nak kenal awak, Maria.”

Effan, luaran nampak tegas. Kalau terlebih hormon, miangnya boleh tahan juga. Kadang-kadang, dia boleh jadi lelaki paling manis dengan cara tersendiri. Kalau tak kena diabetes, mungkin Maria boleh diserang athma.

“Awak nak bela tak hantu ni?”
“Apa maksud Encik Effan?”
“Bukan ke awak bagi tahu saya tadi yang kalau hantu handsome macam saya ni, ramai yang nak bela? Kalau macam tu, saya ofer dekat awak aje. Ofer ni sah sampai bila-bila. Untuk awak, tak ada expiry date.”

Macam pipit dan enggang. Tetapi, hati mereka bagai aur dan tebing.

“Dari awal, saya sedar jurang antara kita terlalu jauh, Effan.”
“Saya tak pernah fikir semua tu, Maria. Kalau saya nak cari gadis yang lebih hebat, saya takkan kejar awak. Saya tahu apa yang saya nak.”

Dan, sejauh mana Effan dan Maria mampu bertahan dan pertahankan sebelah daripada jiwa mereka?

Additional Information

Lokasi

Sem. Malaysia, Sabah / Sarawak

Komen

Tiada ulasan lagi.

Menjadi yang pertama untuk komen "ENCIK SEBELAH JIWA"

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *