PENGANTIN UNTUK ENCIK CEO

RM24.00

 

Tajuk PENGANTIN UNTU ENCIK CEO
Penulis AUNIE AYUNIE
ISBN 9789673652921
Sem. Malaysia RM24
Sabah / Sarawak rm27
Buang
SKU: N/A. Categories: , .

Cinta tidak akan hadir jika tidak memberi. Cinta tidak akan manis jika tiada pahitnya.

Ahmad Ziyaad Adfie tidak pernah menyangka hatinya akan terpaut kepada gadis polos itu. Gadis yang selalu buat dia marah dan gadis yang selalu mencaras kata-katanya. Gadis itu buat dia tengok bulan sambil tersenyum. Gadis itu buat dia angau macam orang sasau. Gadis itu buat dia lupa pada kekecewaannya suatu masa dahulu. Gadis itu ialah Tihany Lailatul Amelia.

“Encik Ziyaad nak jatuh cinta dengan aku? Mustahil. Kalau aku jadi perempuan terakhir dalam dunia ni pun belum tentu dia akan pandang aku.” Tihany.
“Ahmad Ziyaad Adfie adalah lelaki yang setia pada kata-katanya, Sekali saya lafaz cinta selamanya saya akan setia.” Ziyaad.

Saat Ziyaad lafaz cinta, jantung Tihany seakan-akan terhenti. Mana mungkin lelaki yang ada segalanya seperti Ziyaad jatuh cinta dengannya. Ziyaad pula susun strategi baik punya untuk menjadikan Tihany miliknya yang sah. Dalam kekeliruan itu, Tihany terpaksa akur.

“Awak… Awak rasa lima jam tu cukup ke untuk jinakkan kucing liar dari Kedah ni?” Tihany.

Kesungguhan dan kedegilan Ziyaad membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Mencintai tak semestinya memiliki dan memiliki tidak semestinya akan bahagia. Bila dugaan datang membadai, mereka hampir tumbang dalam lautan cemburu dan ego. Atas nama cinta, Ziyaad bangkit demi harga sebuah perkahwinan. Dia tidak akan benarkan kisah asmara mereka tersadai begitu sahaja.

Additional Information

Lokasi

Sem. Malaysia, Sabah / Sarawak

Komen

Tiada ulasan lagi.

Menjadi yang pertama untuk komen "PENGANTIN UNTUK ENCIK CEO"

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *