SUAMIKU KETUA GENGSTER

RM28.00

Tajuk SUAMIKU KETUA GENGSTER
Penulis QHAYRA QHAYRIESA
ISBN 9789673652471
Sem. Malaysia RM28
Sabah / Sarawak rm31
Buang
SKU: N/A. Categories: , .

Tengku Ishaan Danish. Orangnya berkarisma, berpenampilan segak dan menjadi rebutan ramai wanita. Dengan jawatan CEO Seri Jaya Holding Berhad yang disandangnya, sesiapa saja menanti peluang untuk mendekati. Namun siapa duga, di sebalik semua itu, dia adalah seorang ketua gengster!

“Kau jangan fikir aku akan berhenti di sini saja Sarah. Selagi kau tak jadi milik aku, selagi itulah aku akan terus kejar kau sampai akhirnya, kau sendiri yang datang menyerah pada aku. Itu janji aku.” ~ Tengku Ishaan Danish

Nurul Sarah Sulaiman. Dia hanyalah seorang gadis biasa. Tiada impian lantaran hidup sendiri lebih banyak diatur orang sejak dulu. Caranya kekampungan, rupanya pun tidak seindah mana, tetapi mengapa dia juga yang dikejar Tengku Ishaan Danish sedari dulu? Apa istimewanya dia di mata lelaki itu hingga Tengku Ishaan Danish sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan cintanya?

“Tengku buat apa ni, hah? Suka hati saja nak babitkan saya dalam masalah Tengku dengan awek Tengku. Tengku jangan fikir Tengku tu orang kaya, Tengku boleh cakap apa saja yang Tengku suka tanpa fikir perasaan orang lain!”~ Sarah

Dellina Datuk Mokhtar. Lapan tahun dia menunggu Tengku Ishaan Danish. Mampukah dia menerima hakikat apabila Tengku Ishaan Danish memilih Nurul Sarah sebagai isteri dan bukan dirinya? Rahsia apakah yang wujud antara Dellina dan Tengku Ishaan Danish hingga Dellina sukar melepaskan lelaki itu pergi begitu saja? Manakala Dahlan, bekas tunang Sarah, mampukah melihat Sarah hidup bahagia di samping Tengku Ishaan Danish setelah Sarah menjatuhkan maruah dia sekeluarga?

Additional Information

Lokasi

Sem. Malaysia, Sabah / Sarawak

Komen

Tiada ulasan lagi.

Menjadi yang pertama untuk komen "SUAMIKU KETUA GENGSTER"

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *